Monday, June 21, 2010
Sunday, June 20, 2010
Majlis Perkahwinan - Pn. Fatimahsham bt Salleh
Alhamdulillah pada 18 Jun 2010, Pn Fatimahsham selaku Setiausaha Kelab Sukan dan Kebajikan JPPH Taiping selamat bergelar isteri kepada Encik Norazlan bin Tumiran. Majlis persandingan telah berlangsung pada hari Sabtu 19 Jun 2010...Pihak KESUPEN merakamkan ucapan tahniah semoga berbahagia selalu dan dikurnia zuriat yang soleh serta solehan hendakNya..Aminn....disertakan beberapa gambar yang sempat dirakam oleh kakitangan JPPH Taiping....
Wednesday, April 28, 2010
Majlis Penyerahan Wang Sumbangan Ikhlas kepada Puan Faimah bt Zainudin
Sumbangan ini diberikan kepada Pn. Faimah bt Zainudin (Pembantu Penilaian W22) kerana telah menjalani pembedahan akibat penyakit Endrometriosis. Sumbangan ini adalah sumbangan daripada seluruh Kelab Sukan Dan Kebajikan JPPH seluruh Malaysia. Diharapkan dengan sumbangan ini dapat meringankan beban perbelanjaan yang ditanggung Puan Faimah. Semoga cepat sembuh dan sihat sentiasa..Amin..
Majlis Perpisahan
Pada 23 April 2010, satu majlis perpisahan diadakan kepada 4 orang ahli KCT yang akan bertukar jabatan. Pertukaran ini melibatkan 4 org kakitangan dan berkuatkuasa pada 3 Mei 2010. Berikut disenaraikan kakitangan yang akan bertukar
1) Nin Sari binti Ismail
Penolong Pegawai Penilaian W27
Bertukar ke JPPH KUCHING
2) Hamidaton bt Rusli
Pembantu Tadbir Kewangan W17
Bertukar ke IPD Manjung
3) Nor Ubaidah bt Harun
Pembantu Penilaian W17
Bertukar ke JPPH GOMBAK
4) Noor Atiqah bt Ahmad
Pembantu Penilaian W17
Bertukar ke JPPH Kuantan
Pihak KCT juga merakamkan ucapan selamat maju jaya kepada mereka yang diraikan, selamat bertugas di tempat baru, dan bersama rakan-rakan yang baru.Jangan lupakan kami di sini...yeeHaaa!!!Kalau Datang Taiping...singgah2 la di JPPH....
1) Nin Sari binti Ismail
Penolong Pegawai Penilaian W27
Bertukar ke JPPH KUCHING
2) Hamidaton bt Rusli
Pembantu Tadbir Kewangan W17
Bertukar ke IPD Manjung
3) Nor Ubaidah bt Harun
Pembantu Penilaian W17
Bertukar ke JPPH GOMBAK
4) Noor Atiqah bt Ahmad
Pembantu Penilaian W17
Bertukar ke JPPH Kuantan
Pihak KCT juga merakamkan ucapan selamat maju jaya kepada mereka yang diraikan, selamat bertugas di tempat baru, dan bersama rakan-rakan yang baru.Jangan lupakan kami di sini...yeeHaaa!!!Kalau Datang Taiping...singgah2 la di JPPH....
Monday, April 26, 2010
Wednesday, April 14, 2010
Lawatan Kebajikan ke Bengkel Perlindungan Semangat Maju, Taiping
Pada 14 April 2010, seperti yang telah di rancang Kelab Sukan dan Kebajikan JPPH Taiping telah mengadakan program khidmat bersama komuniti Orang Kelainan Upaya (OKU) di Bengkel Perlindungan Semangat Maju (BPSM) Taiping, Tuan Pengerusi KESUPEN Cawangan Taiping telah mengetuai rombongan ahli-ahli KESUPEN yang terdiri dari 20 orang kakitangan. KESUPEN telah memberikan sumbangan berbentuk makanan kering ke BPSM, kerana menurut pentadbir BPSM mereka kekurangan peruntukkan dari segi penyediaan makanan kepada pekerja-pekerja OKU ini. Diharapkan dengan bantuan yang dihulurkan dapat meringankan beban pihak BPSM. Pelatih-pelatih BPSM terdiri daripada insan-insan yang mempunyai masalah kecacatan intelek/akal seperti Sindrom Down, Cerebal Palsy, Autisme dan Terencat Akal. Hasil daripada lawatan ini, kita dapat melihat sendiri keupayaan OKU melakukan kerja. Walaupun dalam keadaan serba kekurangan, mereka masih upaya memberi komitmen terhadap kerja yang dilakukan. Diharapkan dengan lawatan yang dianjurkan ini, dapat menginsafkan diri kita agar lebih bersyukur dengan apa yang dianugerahi oleh Allah S.W.T dan tidak menyisihkan masyarakat OKU kerana mereka juga insan biasa yang tidak diminta untuk menjadi begitu. Sesungguhnya OKU ini memerlukan kasih sayang bukan saja daripada ibu-bapa, tetapi juga masyarakat...renung-renungkanla...Di bawah ini saya lampirkan gambar-gambar yang telah di rakam.
Subscribe to:
Posts (Atom)




