Wednesday, October 27, 2010

Futsal - JPPH TAIPING VS JPPH IPOH

Tarikh : 27 Oktober 2010
Masa : 5.30 petang

Tempat : Padang Futsal Purnama, Kamunting

Barisan Pemain :

1. ENCIK PAIZZAL BIN MOHD YUSOF

2. ENCIK ABU BAKAR BIN ABD HADI

3. ENCIK MOHD HAZRIN BIN AD WAHAB RAKHDI

4. ENCIK MOHD HAFIZ BIN MANAN

5. ENCIK SHAHZAZ B. MANSUR B. AHMAD ZAKI

6. ENCIK AZIZIERUL B. RAMLI

7. ENCIK MOHAMAD NAZARUDIN B. HJ BASIRUN

8.ENCIK MOHAMAD KHAIRUL RAHHIM BIN YAMIN (PELAJAR PRAKTIKAL)

9. ENCIK MUHAMMAD SYAHIR BIN IDRUS (PELAJAR PRAKTIKAL)

10. ENCIK  YUSMIAKMAL (PELAJAR PRAKTIKAL INSPEN)


KEPUTUSAN PENUH :


KALAH DENGAN BEMARUAH 14- 19
Walaupun kalah...pujian tetap harus diberikan kerana...bermain dengan bersungguh2...lepas nih bole buat game dgn jab lain plak...hiihihi..gambar credit  to fb Syahir Idrus...







walaupun nampak mcm letih..tetapi bab bergaya depan kamera mesti tip top

kejar jgn tak kejar....

tuh dia...
Kusyuk dan leka bermain...
barisan pemain JPPH Taiping dan JPPH Ipoh
Ayam Tambatan JPPH Taiping....takdak depa...lagi teruk kalah...hihihih
nih penyokong kuat JPPH Taiping....Mak Wan & Aina..direct from ofis...terus ke Kamunting...hihihi

Dok Gelak sakan tuh...kalau lagi ramai penyokong confirm boleh menang...



Majlis Perpisahan - Puan Norhazlin bt Said

Pagi tadi iaitu pada tarikh 28 Oktober 2010, bermula jam 8.45 pagi
telah berlangsungnya satu majlis perpisahan untuk meraikan pertukaran Pn Norhazlin bt Said (Pembantu Tadbir (p/o) N17 merangkap Setiausaha Sosial Kelab Sukan dan Kebajikan JPPH Taiping.
Pertukaran beliau berkuatkuasa pada tarikh 25 Oktober 2010, dan ditempatkan di Jabatan Tenaga Kerja, Tingkat 3, Wisma Persekutuan.....huhuh still dalam Bangunan yang sama...cuma beza tingkat sahaja...
Beliau telah berkhidmat di JPPH Taiping selama 6 tahun lebih...Terima kasih diucapkan di atas segala keringat dan jasa yang telah dicurahkan di JPPH Taiping dan KESUPEN. Selamat Maju Jaya!!!!

Ucapan dari Pegawai Penilaian, Pn Norlizawati bt Sidek (mewakili Penilai Daerah)
Ucapan dari orang yang diraikan, Puan Norhazlin bt Said
Sumbangan hadiah dari KESUPEN disampaikan oleh Pn Norlizawati bt Sidek

Tuesday, October 5, 2010

Salam Takziah buat Encik Mohd Nazarudin bin Haji Basirun


Ayahanda  ( En. Mohd Nazarudin bin Haji Basirun, W27)  telah selamat kembali ke Rahmatullah pada hari ini....semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..Amin.

Selamat Hari Raya Aidilfitri.....Maaf Zahir dan Batin

Friday, October 1, 2010

Majlis Perpisahan En. Abdul Manaf bin Abu Bakar

Semalam iaitu pada tarikh 30 September 2010, KESUPEN dan PEKIP telah menganjurkan  Majlis Perpisahan Pegawai Penilaian W41, iaitu Encik Abdul Manaf bin Abu Bakar. Majlis ini telah diadakan pada jam 9.00 pagi. Beliau telah diarahkan bertukar ke Unit Pesuruhjaya Bangunan, Majlis Bandaraya Ipoh berkuatkuasa pada 01 Oktober 2010. Selamat Maju Jaya diucapkan..semoga berjumpa lagi!!ada masa terluang datang2 la ke JPPH Taiping..Jasamu sentiasa dikenang...
En.Abd Manaf sedang memberikan ucapan terakhirnya...



Penilai Daerah mewakili pihak KESUPEN menyampaikan hadiah dari KESUPEN





Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri

Selesai sahaja Majlis Perpisahan En. Abd Manaf. Tepat jam 10.00 pagi...bermulalah Open Office JPPH Taiping..Majlis ini dianjurkan oleh PEKIP. Terdapat berbagai-bagai hidangan telah disediakan. Antaranya..Nasi Tomato + Ayam Masak Merah + Jelatah, LAKSA Irene...memang malatop...sedap sangat...Satay (tak pasti order mana)..kuah kacang die pun sedap....Ketupat dan rendang..nih pun sedap..cukup rase dienye rendang...biskut-biskut, kek-kek..antara kek yang mendapat sambutan hangat...tentu la kek En Asraf...sila tekan http://asraffazila.blogspot.com/ kalau nak order...tak rugi beli...Kek Cokelat..tak pasti sumbangan siapa..tp semuanya sedap2 laa...opps lupa plak nak cite pasal air...AJK makanan juga ade sediakan Fruit  Cocktail + susu Cair.betul ke eja nih..sorry kalau silap..sedap sangat.,.disamping air-air panas dan air sunquick....haa lupa plak menu saat-saat akhir..iaitu RoJak....nyyumm nyumm sedap...n fresh buah-buahnyeee

Tahun ni majlis jamuan raya...tersangatla meriahnye...mane taknya....perhiasan pun lain dari yang lain...siap tempah banner...ade pelita lagi...terasa la kehangatan berhari raya...tetamu yang diundang pun Alhamdulillah..tak putus-putus datang....kepada semua AJK Jamuan Hari Raya tahun 2010...Syabas dan Tahniah diucapkan..diatas usaha rajin anda ni....kalau nak sebut nama..ramai...kang kalau tak sebut ade plak yang terkecil hati...hihihi....ramai org termasuk tetamu dr luar memuji..jamuan kita kali ini..Alhamdulillah...harap tahun-tahun akan datang pun mcm ni la...

Dan yang lebih istimewa..tahun ini diadakan sebanyak 17 Cabutan bertuah kepada kakitangan yang bertuah pada hari itu.......termasuk 2 sumbangan peribadi dari Penilai Daerah iaitu En. Nik Hilmi bin Nik Mansor...Terima kasih juga diucapkan kepada Pn Norhazlin yang sudi menjadi pengacara majlis disamping pelajar praktikal iaitu En. Rahim...mc gaya spontan......tahun depan leh lantik lagi...Jommm Layanz..Gambar