Friday, June 3, 2011

Futsal Persahabatan JPPH Taiping vs Pos Malaysia - 3/6/2011

MENANG LAGI!!
Keputusan : 13 - 9
Lokasi : Gelanggang Futsal Purnama, Kemunting.

Semakin terbuktilah kehebatan pasukan futsal JPPH Taiping. Berjaya melakarkan kemenangan demi kemenangan. Bertempat di gelanggang futsal Purnama malam tadi, pemain-pemain kita telah mempamerkan kualiti futsal yang tinggi. Dari penjaga gol hinggalah ke penyerang..semuanya hebat, termasuk jugalah Managernya.

Sejak dari awal perlawanan, pasukan kita mula menguasai permainan. Gol demi gol dijaringkan dengan penuh bergaya, mutu dan keunggulan. Kawalan bola yang kemas serta hantaran tepat amat mengelirukan pihak lawan. Setiap peluang di hadapan gol tidak dipersiakan. Diperkukuhkan lagi dengan benteng pertahanan dan penjaga gol yang berwibawa, menyukarkan pihak lawan menembusi gol kita.

Setelah selesai perlawanan, pengurusan pasukan lawan menyatakan hasrat untuk "re-match" pada masa-masa akan datang. Malah ada juga pasukan-pasukan yang sedang bermain di gelanggang-gelanggang lain menyatakan hasrat untuk menguji kehebatan pasukan kita. Bak kata perpatah "Kecik tapak tangan, tapak projek pembinaan kami hulurkan". Begitulah hangatnya pasukan futsal kita yang semakin membina nama di daerah Taiping ini.
Terima kasih kami ucapkan kepada KESUPEN yang sudi menghulurkan sumbangan berbentuk kewangan dan terima kasih juga utk En. Azizierul yang sudi meminjamkan dslr Sony beliau utk tujuan penggambaran.

Berikut adalah senarai pemain-pemain pasukan kita :
1) Azizierul
2) Abu Bakar
3) Shahzaz
4) Hazrin
5) Hafiz (Bulat)
6) Nazarudin (pengurus pasukan...hehe)
Sedutan gambar dari perlawanan tersebut :
 
Pasukan kita yang hebat.
  
Pengurus (berbaju hitam) sedang menyusun strategi.
  
Sesi memuji-muji diri sendiri setelah menang.
  
Bersama pasukan Pos Malaysia.