Sunday, November 28, 2010

Majlis Perkahwinan En Mohd Hafiz bin Md Noor (Pembantu Penilaian W17)

Pada hari Ahad iaitu 28 November 2010, En Mohd Hafiz telah melangsungkan perkahwinan bagi pihak keluarga lelaki. Majlis yang diadakan di 1394, MK 5, Jln Pengkulu Hamid Sungai Duri ini telah dihadiri oleh kakitangan JPPH Taiping. Pihak KESUPEN juga menyediakan cenderahati kepada pasangan pengantin ini. Tahniah diucapkan, semoga perkahwinan berkekalan dan dirahmati Allah hendak-Nya. Dilampirkan sedikit gambar yang disumbangkan oleh ahli KESUPEN. SeLaMaT PeNgaNTiN BaRu..!!


Geng-geng teruna dan dara JPPH Taiping...ihihih amik berkat kot...


Lagu Kahwin - Kompang Dipalu

Friday, November 26, 2010

Gambar Penyampaian Cenderahati Sempena Kelahiran Cahayamata Yang Pertama Di JPPH Taiping


Sempat posing dgn En Azlan.


Pada  jam 4.15 petang tadi, Penilai Daerah sudi menyampaikan cenderahati kepada En. Ahmad Fazli bin Hamid. Majlis penyerahan berlansung di bilik Penilai Daerah. Pihak KESUPEN merakamkan ucapan terima kasih kepada Penilai Daerah dan semua ahli kelab KESUPEN yang sudi memberi sumbangan ikhlas bagi meraikan kelahiran cahayamata pertama En Ahmad Fazli bin Hamid di JPPH Taiping. Tahniah kepada En. Ahmad Fazli..dengan kehadiran cahaya mata ke 4 ini.