Monday, March 8, 2010

Mesyuarat Agong KESUPEN Sessi 2009

Mesyuarat Agong KESUPEN Taiping

Tarikh : 12/2/2010 (Jumaat)
Tempat : Bilik Mesyuarat JPPH Taiping
Masa : 9.00 pagi
Kehadiran : 43 orang

Dipengerusikan oleh Penilai Daerah Tn. Hj. A’zmi Bin Abdul Latif selaku Pengerusi KESUPEN Taiping.
Laporan aktiviti sepanjang tahun 2009 di bentangkan oleh Cik Fatimahsham selaku Setiausaha KESUPEN Taiping manakala Laporan Kewangan dibentangkan oleh Bendahari KESUPEN Taiping, En. Kua Ah Wang.

Setelah Laporan disahkan, beberapa usul dikemukakan oleh ahli-ahli. Memandangkan AJK masih belum dibubarkan pada tahun ini, takwim KESUPEN 2010 telah dibentangkan kepada ahli-ahli dalam AGM ini untuk mendapatkan maklumbalas dari ahli-ahli.

Diharapkan ahli-ahli dapat memberikan kerjasama sepenuhnya bagi memastikan segala aktiviti yang dirancang pada tahun 2010 berjalan lancar bak kata pepatah “Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah”.














Majlis Perpisahan Penilai Daerah


Tanggal 22 Februari 2010...

Satu majlis perpisahan telah diadakan bagi meraikan perpisahan
Penilai Daerah iaitu Tuan Haji A'zmi bin Abdul Latif yang ditukarkan ke JPPH Gombak pada 01 Mac 2010. Beliau merupakan Penilai Daerah yang berkhidmat paling singkat di JPPH Taiping. Semoga dengan pertukaran ini beliau akan dapat menimba lebih banyak pengalaman dan dapat meningkatkan prestasi kerja beliau ke arah yang lebih cemerlang.... Selamat Maju Jaya