Thursday, July 30, 2009

Majlis Perpisahan Puan Asmahani W41

MAJLIS PERPISAHAN PUAN ASMAHANI

TARIKH : 30/07/2009 (KHAMIS)
JAM : 8.30 PAGI
TEMPAT : BILIK MESYUARAT,
JPPH TAIPING.

Rasanye baru sekejap jer Puan Asmahani di JPPH Taiping, namun berita pertukaran ke JPPH Teluk Intan, berkuatkuasa 1hb Ogos 2009 diterima dengan penuh senyuman..
KESUPEN Taiping telah mengadakan satu majlis perpisahan Puan Asmahani yang akan bertukar ke JPPH Teluk Intan berkuatkuasa 1hb Ogos 2009.. kiranya Puan Asmahani hanya sempat berkhidmat 10 bulan jer di JPPH Taiping..

Apa pun. all the best untuk Puan Asmahani dan jangan lupakan kami di JPPH Taiping...



Acara wajib dalam setiap majlis perpisahan ...
Penilai Daerah (merangkap Pengerusi KCT)
menyampaikan cenderahati daripada ahli KCT
kepada Puan Asmahani.. Lepas nie susah la nak
tengok senyuman manis Puan Asmahani kat office.

Sempat bergambar ngan Puan Liza....


Menikmati juadah yang disediakan bersama
dengan Penilai Daerah dan Pegawai Penilaian
yang lain...

Thursday, July 23, 2009

Perlawanan Bowling Persahabatan KCT

Pada 23hb Julai 2009 (Khamis) jam 5.30 petang.. bertempat di Winners Bowl, Plaza Bandaran, Taiping telah berlangsung satu perlawanan persahabatan bowling antara ahli KCT. Perlawanan ini mendapat sambutan yang begitu menggalakan dengan penyertaan seramai 19 orang ahli KCT. Apa yang bestnye, kebanyakan ahli yang hadir merupakan pengalaman pertama mereka bermain bowling.. Berikut merupakan keputusan perlawanan persahabatan..

Juara : En. Mohd Hazrin (270 pins)
Naib Juara : En. Paizzal (261 pins)
Ketiga : En. Azlan (255 pins)

Tahniah kepada mereka yang berjaya...

Kepada mereka yang lain, walaupun point rendah lagi daripada nama2 diatas.. x pe.. yang penting keseronokan dan pengalaman..kan? <=== (ayat nak pujuk hati tu..).. :-)
Juara kita berposing ngan bola n kawan2....
Open table senyap2 yek... huhu


En. Shamsul walaupun x bermain, tapi tetap turun
memberikan semangat untuk kawan2...
Cayalah pak yob..


Manisnyer senyuman kauorang..


Sempat berposing sebelum game bermula....
kak B walaupun kali pertama main, tapi point dia
lebih tinggi daripada "cikgu" yang mengajar...
huhuhu.. cam ner tu...


Menunggu giliran untuk bermain untuk 2nd games..
Jari2 dah mula sakit.. tapi yang penting.. best and enjoy...


En. Asraf sempat berposing dengan
"bola yang dah dijampi" sebelum bermain,
tak heran la sebab tu strike banyak kali...

Monday, July 20, 2009

Hari Keluarga Wisma Persekutuan Taiping

Pada 18hb Julai 2009 (Sabtu) bertempat di padang Sek. Keb. King Edward VII, Taiping telah berlangsung Hari Keluarga Wisma Persekutuan, anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan Wisma Persekutuan Taiping (KESUMA).. Program ini turut dihadiri oleh ahli-ahli KCT dan 3 orang pelajar pratikal UiTM Sri Iskandar. KCT mewakilkan dua kumpulan dalam acara-acara yang dipertandingkan iaitu Bumblebee dan Doremon.. Kumpulan Doremon telah memenangi tempat pertama dalam acara Bowling Kelapa. Ahli KCT yang berjaya dalam acara Cabutan Bertuah adalah Pn. Nang Bee, Pn. Masira, En. Rosli, Cik Nurul Syakirin (Pelajar Pratikal), Pn. Che Raguan dan En. Paizzal. Tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya...


Cik Kirin dalam acara mengangkat kanak2.. huhuhu..
larat ker?..

Thursday, July 2, 2009

Selamat Datang kepada En. Asraf



Pada 01/07/2009, JPPH Taiping menerima kehadiran seorang Pegawai Penilaian W41 yang baru iaitu Encik Mohd Asraf bin Mat Yajid. Beliau ditempatkan di kawasan Kerian dan Selama bagi menggantikan Puan Norain yang bertukar ke INSPEN, Bangi.

Sebelum berkhidmat di JPPH Taiping sebagai Pegawai Penilaian W41, beliau memulakan kerjaya sebagai Pen. Peg. Penilaian W27 di JPPH Langkawi dan kemudian dipinjamkan ke KPKT sebagai pegawai Kader dan ditempatkan di unit COB Majlis Perbandaran Langkawi. Kira kes naik pangkat la ni.. Tahniah diucapkan..