Thursday, June 25, 2009

Majlis Perpisahan Pn. Norain dan En. Husnul Hadi

25hb Jun 2009 (Khamis), jam 8.30 pagi
KESUPEN menganjurkan satu Majlis Perpisahan 2 orang ahli KCT iaitu, Pn. Norain yang akan bertukar ke INSPEN, Bangi manakala En. Husnul Hadi pula akan bertukar ke JPPH Miri, Sarawak.
Kepada Puan Ain dan En. Hadi, selamat menempuh suasana pekerjaan yang baru dan jangan lupakan kami di JPPH Taiping.. k...
"kalau ada jarum yang patah,
jangan disimpan di dalam peti
kalau ada silap dan salah
jangan disimpan di dalam hati"... hhuhu


Tuan Penilai Daerah menyampaikan cenderahati
daripada KESUPEN dan PEKIP kepada Puan Norain..
Tersenyun jer ain dapat hadiah...

Menjeling jer hadi ambik hadiah ...

Kakitangan menunggu giliran untuk menikmati
Nasi Tomato... Erm.. tiba2 lapar pulak


"Orang yang dekat nak pencen" bergambar dengan
"orang yang lambat lagi nak pencen".. bleh agak tak?
huhuhuu..

Puan Raguan Catering.. huhu .. Tukang cedok ayam,
rasa cam makan kenduri plak...

Tengok.. walaupun tengah mencedok makanan,
Fail kes kat depan tu x pernah dilupakan..
Lepas makan buat kes balik yer...

Wednesday, June 10, 2009

Album Hari Keluarga JPPH 2009


CC dan suami tersayang....muka hampir sama..org
tua-tua kata jodoh panjang...Amin....


Mr. Kua and the gengs...poco-poco praktis tak
sampai 2 minggu.....ini hasilnya..usaha yang baik



Puan Paridahanum sambil dok anyam ketupat
sempat lagi melemparkan senyumannye yg
cute dan manis....hihihi

ni...anak Hamidaton dengan anak Abd Rahman
amboi..kecik2 dah mesra......

ini acara...bawa lilin...jaga2 dik nasib baik tak kena
tangan...


ini plak lari dalam guni...amboi pengantin baru
pun tak lepaskan game nih...credit to Pn.Asmahani
cayalah....


Ni acara menyusun Puzzle.. Susun dik, jangan tak susun

Ni acara paling best, makan epal hijau.. Adik2
begitu bersemangat menghabiskan sebiji epal
setiap sorang... Pelan2 dik, nanti tercekik...

Sunday, June 7, 2009

HARI KELUARGA JPPH TAIPING

Erm.. Pada 06hb Jun 2009 (sabtu), KCT telah menganjurkan program Hari Keluarga JPPH Taiping bertempat di Pusat Eko-Pelajaran Hutan Paya Matang. Seperti biasa, objektif Hari Keluarga ini ialah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan ahli KCT bersama-sama keluarga. Apa yang membanggakan 44 orang ahli daripada 49 orang ahli hadir dalam program tersebut. Kira okay la tu, memandangkan tarikh 06/06/2009 tu kan penuh dengan undangan kenduri.. Antara acara-acara yang dijalankan ialah Senaman Poco-Poco, Sukaneka untuk kanak2 dan Dewasa dan Treasure Hunt.

PENGHARGAAN

Ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua ahli KCT yang sudi hadir untuk menjayakan program hari Keluarga ini.. Tak lupe jugak kepada AJK Hari Keluarga JPPH Taiping 2009 yang sudi memberikan sumbangan idea dan tenaga bagi melancarkan perjalanan program ini.. Saya bagi pihak KCT Taiping ingin meminta maaf sekiranya dalam penganjuran majlis ini, terdapat kesilapan dan ketidakpuashatian oleh Ahli-ahli KCT. Yang baik semuanya datang dari ALLAH dan yang buruk itu datangnya daripada kelemahan diri saya sendiri ......

LAWATAN KEBAJIKAN KE WAD C3, HOSPITAL TAIPING


Rombongan lawatan ke Wad C3, Hospital Taiping

En Abd Manaf bin Abu Bakar memberi cenderahati
kepada Ketua Jururawat di Wad C3, Hospital Taiping


Taklimat ringkas telah diberikan oleh Ketua
Jururawat kepada ahli-ahli KCT



En. Hosna Basri dan En. Mohd Hafiz Manan
sedang memasukkan hamper ke dalam Pajero



Ape yang lucu sangat!!...sehinggakan Cik Nin Sari
Tersenyum Sakan.....

Taiping, 4 Jun 2009

KE MANA ?

Lawatan ke Wad C3,Hospital Taiping telah dijalankan oleh Jpph cawangan taiping, dan dihadiri seramai 16 orang kakitangan yang diketuai oleh En.Manap Bin Abu Bakar.

KENAPA DAN MENGAPA KE HOSPITAL TAIPING WAD C3?

Tujuan juga objektif lawatan adalah bagi memupuk semangat keinsafan dan kesedaran serta menyelami penderitaan yang ditanggung oleh pesakit disamping dapat meningkatkan kefahaman betapa pentingnya penjagaan kesihatan diri kita.
Keistimewaan wad ini tidak dibenarkan masuk kepada pelawat melainkan penjaga atau ibu bapa pesakit sahaja.Selain itu,memilih Wad Pediatrik ini kerana ia terdiri daripada pesakit bayi yang berumur 2 bulan hingga 12 tahun,kami amat terharu akan penderitaan kanak-kanak dalam wad ini masih muda dan mentah untuk menanggung nya.

APA AKTIVITI YANG DIJALANKAN DISANA?

Memberi sumbangan hamper dan belon serta beramah mesra kepada setiap pesakit yang dilawati berserta penjaganya.