Sunday, June 7, 2009

HARI KELUARGA JPPH TAIPING

Erm.. Pada 06hb Jun 2009 (sabtu), KCT telah menganjurkan program Hari Keluarga JPPH Taiping bertempat di Pusat Eko-Pelajaran Hutan Paya Matang. Seperti biasa, objektif Hari Keluarga ini ialah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan ahli KCT bersama-sama keluarga. Apa yang membanggakan 44 orang ahli daripada 49 orang ahli hadir dalam program tersebut. Kira okay la tu, memandangkan tarikh 06/06/2009 tu kan penuh dengan undangan kenduri.. Antara acara-acara yang dijalankan ialah Senaman Poco-Poco, Sukaneka untuk kanak2 dan Dewasa dan Treasure Hunt.

PENGHARGAAN

Ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua ahli KCT yang sudi hadir untuk menjayakan program hari Keluarga ini.. Tak lupe jugak kepada AJK Hari Keluarga JPPH Taiping 2009 yang sudi memberikan sumbangan idea dan tenaga bagi melancarkan perjalanan program ini.. Saya bagi pihak KCT Taiping ingin meminta maaf sekiranya dalam penganjuran majlis ini, terdapat kesilapan dan ketidakpuashatian oleh Ahli-ahli KCT. Yang baik semuanya datang dari ALLAH dan yang buruk itu datangnya daripada kelemahan diri saya sendiri ......

No comments:

Post a Comment