Thursday, September 22, 2011

Futsal Persahabatan JPPH Taiping vs TNB Taiping - 21/9/2011

35 - 8

Andai bergendang sekampung, takut dikatakan riak...tapi sememangnya keputusan ini membuktikan kekentalan pasukan futsal JPPH Taiping.  Bukan hendak menunjuk angkuh, tapi sememangnya pasukan kita hebat. Membenam pasukan lawan tanpa belas ikhsan. Sesungguhnya penulis sendiri sekali-sekala ingin menulis khabar  berita sedih mengenai kekalahan, tapi apakan daya..asyik menang je.

Kemenangan ini juga sekaligus menaikkan lagi reputasi pasukan JPPH Taiping sekaligus mengundang perasaan 'ingin mencuba' dari pelbagai pasukan lain. Pastinya kita tidak gentar dan seboleh-bolehnya kita ingin mencari pasukan yang lebih handal. Harap2nya ada pasukan yang mampu memberikan cabaran yang sebenar.

Tak petah jari penulis utk mengarang kali ini kerana episod kemenangan yang klise...menang..menang..menang. Wahai pasukan2 di luar sana, tolonglah berikan sedikit cabaran kepada pasukan kami...pleaseeee.

Kepada pasukan futsal JPPH Taiping, tahniah kami ucapkan..kejayaan anda amat membanggakan...Aishiteru!!.

 

Friday, June 3, 2011

Futsal Persahabatan JPPH Taiping vs Pos Malaysia - 3/6/2011

MENANG LAGI!!
Keputusan : 13 - 9
Lokasi : Gelanggang Futsal Purnama, Kemunting.

Semakin terbuktilah kehebatan pasukan futsal JPPH Taiping. Berjaya melakarkan kemenangan demi kemenangan. Bertempat di gelanggang futsal Purnama malam tadi, pemain-pemain kita telah mempamerkan kualiti futsal yang tinggi. Dari penjaga gol hinggalah ke penyerang..semuanya hebat, termasuk jugalah Managernya.

Sejak dari awal perlawanan, pasukan kita mula menguasai permainan. Gol demi gol dijaringkan dengan penuh bergaya, mutu dan keunggulan. Kawalan bola yang kemas serta hantaran tepat amat mengelirukan pihak lawan. Setiap peluang di hadapan gol tidak dipersiakan. Diperkukuhkan lagi dengan benteng pertahanan dan penjaga gol yang berwibawa, menyukarkan pihak lawan menembusi gol kita.

Setelah selesai perlawanan, pengurusan pasukan lawan menyatakan hasrat untuk "re-match" pada masa-masa akan datang. Malah ada juga pasukan-pasukan yang sedang bermain di gelanggang-gelanggang lain menyatakan hasrat untuk menguji kehebatan pasukan kita. Bak kata perpatah "Kecik tapak tangan, tapak projek pembinaan kami hulurkan". Begitulah hangatnya pasukan futsal kita yang semakin membina nama di daerah Taiping ini.
Terima kasih kami ucapkan kepada KESUPEN yang sudi menghulurkan sumbangan berbentuk kewangan dan terima kasih juga utk En. Azizierul yang sudi meminjamkan dslr Sony beliau utk tujuan penggambaran.

Berikut adalah senarai pemain-pemain pasukan kita :
1) Azizierul
2) Abu Bakar
3) Shahzaz
4) Hazrin
5) Hafiz (Bulat)
6) Nazarudin (pengurus pasukan...hehe)
Sedutan gambar dari perlawanan tersebut :
 
Pasukan kita yang hebat.
  
Pengurus (berbaju hitam) sedang menyusun strategi.
  
Sesi memuji-muji diri sendiri setelah menang.
  
Bersama pasukan Pos Malaysia.


 


Thursday, April 14, 2011

Futsal Persahabatan JPPH Taiping vs Persatuan Nelayan Kerian - 14/4/2011

8 - 6
Kemenangan yang tak perlu disangkal lagi. Itulah keputusan mutakhir perlawanan futsal persahabatan JPPH Taiping vs Persatuan Nelayan Kerian yang telah berlangsung pada 14/4/2011 jam 9.00 malam di gelanggang futsal Purnama, Kemunting. Kemenangan ini pastinya ada kaitan dengan semangat pasukan kita yang telah mendapat sponsor jersi baru...terima kasih kepada En. Ashaari yang sudi memberikan sumbangan.

Pasukan kita telah menghantar pemain-pemain terbaik untuk perlawanan tersebut. Biarpun terdapat dua pemain yang mengalami kecederaan namun itu tidak menghalang pasukan kita dari mencatatkan kemenangan. Antara pemain-pemain tersohor tersebut ialah :

1) En. Abu Bakar
2) En. Ashaari
3) En. Azizierul
4) En. Hazrin
5) En. Shahzaz
6) En. Hafiz
7) En. Fazli
8) En. Nazarudin (direhatkan atas kecederaan yang serius).
9) En. Asraf (juga direhatkan atas kecederaan yang serius).
 
Pada awal perlawanan, pihak lawan menguasai permainan hingga satu ketika pasukan kita ketinggalan 0 - 3 (biasala mcm hero hindustan, kalah dulu). Namun setelah makin serasi, kita mula menjaringkan gol demi gol. Pihak lawan yang pada mulanya kelihatan begitu gah, mula jinak apabila pemain-pemain kita mengatur corak permainan yang begitu teratur.

Bahagian serangan menunjukkan kematangan dengan tidak mensia-siakan setiap peluang untuk menjaringkan gol. Begitu juga bahagian pertahanan terutamanya dua penjaga gawang kita (En. Hafiz & En. Fazli) yang kental mengekang setiap asakan lawan.
Terima kasih juga kami ucapkan kepada Puan Zaini yang membantu menguruskan perlawanan persahabatan ini disamping turut hadir bersama anak-anak yang comel2 dan meberikan sokongan kepada pasukan kita.

Berikut adalah antara gambar-gambar yang telah dirakamkan khas melalui lensa Nikon D7000 + Tamron 17 - 55 f2.8 yang diimport khas untuk perlawanan tersebut.
Bergambar bersama pasukan lawan sebelum perlawanan sengit.

 Pasukan kita.

Cenderahati dari Persatuan Nelayan..maafkan
kami yang terlupa bawa cenderahati.

View luar dan dalam gelanggang.
Teknik fotografi yang digunakan kebanyakkan
photographer untuk memaparkan dua situasi berbeza dlm
satu waktu yang sama terutamanya utk majlis pertunangan ketika
gadis menanti didalam bilik dan perbincangan
sedang berjalan diruang tamu..lebih sesuai
dengan menggunakan 10mm sebenarnya..
(Eh!..maaf lari topik pulak, ingatkan blog aku..huhu)

Potret-potret pemain :







Tahniah diucapkan kepada pasukan kita.
Sekian laporan dari SU Sukan KESUPEN Taiping.
Salam ceria di mana jua anda berada










      




 

Wednesday, March 30, 2011

Pingpong persahabatan Wisma Persekutuan vs Majlis Perbandaran Taiping - 30/3/2011.

"Kemenangan penuh Gaya, Mutu & Keunggulan" itulah saja mukadimah yang tepat untuk menggambarkan apa yang telah berlaku pada perlawanan pingpong persahabatan Wisma Persekutuan vs Majlis Perbandaran Taiping yang telah berlangsung pada 30/3/2011 jam 5.00 - 7.00 petang di Dewan Majlis Perbandaran Taiping.

KESUPEN Taiping telah menghantar 6 pemain terbaekkk...opppsss..terbaik dan seorang Jurulatih untuk mewakili pasukan Wisma Persekutuan. Mereka adalah :
               1) En Rosli (Jurulatih)
               2) En. Rosdi
               3) Mr. Kua
               4) En. Hazrin
               5) En. Shahzaz
               6) En. Nazarudin (s/u Sukan KESUPEN)
               7) En Ashaari. 

Perlawanan yang melibatkan ahli KESUPEN Taiping adalah seperti berikut :

1) Encik Rosdi & Mr Kua vs Majlis Perbandaran Taiping
Perlawanan yg bolehlah dikatakan mudah. Gandingan serasi kedua2 pemain kita telah membuahkan hasil. Biarpun En. Rosdi mengalami sedikit masalah teknikal pada kasut beliau, namun itu bukanlah penghalang untuk mencapai kemenangan mutlak. Begitu juga dengan Mr Kua yang penuh selamba dengan kemeja dan seluar pejabat membenam bola "Double Fish 3 bintang" ke gelanggang lawan. Sememangnya pengalaman kedua2 pemain kita itu amat berharga dan menyuntik semangat kepada regu-regu yang lain. Corak permainan yang hebat telah membenam pasukan lawan 3 - 0. Tahniah dari KESUPEN Taiping!.

2) Encik Hazrin & Encik Shahzaz vs  Majlis Perbandaran Taiping 
Perlawanan kedua juga menampakkan kehebatan pasukan kita. Diiringi sorakan penyokong2 kita yang di ketuai oleh S/U KESUPEN Taiping (yang adakalanya tak pasti samada menyokong atau mengutuk), beregu kita ini menunjukkan corak permainan tangkas dan pantas...smash, tarik, bola pusing semuanya ada. Sememangnya regu yang hebat! Pasukan lawan terpaku dan tak mampu melakukan apa2...sehingga terdengar coach pasukan lawan berkata "Apa kita tak melawan langsung ni??" ketika beregu kita mendahului 8 -0 pada set pertama. Penonton2 yang kebanyakkannya adalah penyokong Majlis Perbandaran Taiping kelihatan agak tergamam dan pastinya kalau ketika itu KESUPEN mengadakan jualan t-shirt berlogokan KESUPEN, pasti ramai diantara mereka yang membelinya!. Akhirnya regu kita mencatatkan kemenangan 3 - 0. Tahniah dari KESUPEN Taiping!.

3) En Nazarudin & En Ashaari vs  Majlis Perbandaran Taiping 
Perlawanan yang pada mulanya dijangka akan sengit hanya kerana pemain Majlis Perbandaran Taiping memakai baju tertulis "PERAK" di belakangnya, namun berkesudahan dengan kemenangan bagi regu kita dgn penuh bergaya. Namun begitu beregu kita tidak mengambil mudah perlawanan tersebut dan bermain bersungguh-sungguh. Smash dari pasukan lawan berjaya di"pulangkan" dengan mudah oleh kedua-dua pemain kita. Akhirnya kita menang 3 -1. Mari kita baca sedikit petikan dari interview dgn En. Ashaari : "Memandangkan kita dah menang 3 - 0 dlm 2 beregu sebelum kami, maka kami berpakat utk menyerahan 1 set sebagai tanda semangat kesukanan yang tinggi di sanubari kami". Malaysia Boleh!" kata beliau selepas perlawanan tanpa kelihatan peluh pun. Tahniah dari KESUPEN Taiping.

Terima kasih juga kepada En. Rosli selaku coach yang mengaturkan regu-regu dan perlawanan pada hari tersebut. Beliau terpaksa pulang lebih awal kerana ada hal yg tidak dapat dielakkan dan juga kerana beliau yakin kita boleh mengalahkan MPT.

Berikut adalah gambar-gambar di sekitar perlawanan tersebut :

 En. Rosdi & Mr Kua - bergambar setelah membelasah lawan.
"I pakai baju kerja pun boleh menang, tu belum pakai baju sukan lagi!" kata
Mr Kua penuh berkeyakinan.

En. Shah & En. Hazrin -  Pasangan ideal - bijak menggunakan net!.
"Aku klu pakai baju MU sure leh menang lah.." kata En Hazrin.

 En. Naza & En. Ashaari - tiada kata-kata dpt menggambarkan kehebatan mereka.
Sayang sekali tidak kelihatan kasut emas En. Naza dlm gambar ini.

Para pemain kita bergambar setelah kemenangan.
 Kelihatan juga S/U KESUPEN yang turut
tumpang gembira. Kelihatan juga En. Hafiz a.k.a Bulat
sedang menanti utk "tarik" bola nun disudut kanan gambar.

 Mr Kua sedia melakukan servis.

 Pengadil yg selalu tersalah kira mengatakan sesuatu kpd pemain.

 Service "ace" dari Mr Kua. Makan asap pihak lawan!.

 Bersedia menentang musuh!.

 Sessi warming-up. Kasut emas En. Naza menyamai tahap permainan
beliau yang keemasan.

 En. Asraf yang turut hadir membantu sessi fotografi.

 En. Asraf berposing setelah memberikan sedikit
tips mengenai "bola pusing" kepada En. Shahzaz. Nasib baik 
beliau tidak menjerit "Next pair readyyy".. :)

 En. Shahzaz menanti servis pihak lawan
yang kemudiannya di balas dgn libasan back-hand terbaekk!.

 En. Hazrin bersedia utk melakukan servis yang kemudiannya dibalas 
oleh pihak lawan bukan keatas meja, tapi ke dinding. Hebat!

"Kacang!"..ujar En. Shahzaz bangga.

En. Naza kelihatan mengelap idong seolah2 berkata
"Hingusan je ni.."
Sambil En Ashaari pula bersenang-lenang di sebelah beliau.
Kelihatan juga En. Fazli selaku pengadil perlawanan.

  
Pemain MPT sedang berfikir cara untuk membalas bola
dari pemain KESUPEN Taiping, namun apakan daya belum abes pikir,
bola dah terlepas.

 
Pemain MPT menanti dengan sabar servis
 "Pantulan Cahaya Tahap 7" dari En. Naza.


En Ashaari menanti servis dari pihak lawan.
Servis mudah yang berjaya dipulangkan oleh En Ashaari 
ibarat "Menarik rambut dari dalam tepung, 
dapat rambut dan tepung tidak berterabur."..beliau hebat!!.

 S/U KESUPEN memejamkan mata sambil berkata
"Pejam mata pun boleh menang lah game ni!!"
Disebelah beliau, En. Hafiz yang turut memeriahkan sokongan
kepada pemain2 KESUPEN.
 En Hafiz atau nama glamer Bulat juga 
turut hadir memberikan sokongan.

 Dua penyokong yang kemudiannya
didapati bersalah atas dakwaan menjerit
"Punca! Punca!"

 En. Fazli yg turut hadir dan sekaligus dilantik
menjadi pengadil perlawanan.

Sekian laporan dari
Setiausaha Sukan KESUPEN Taiping, Perak.
"Majulah PingPong utk Rakyat Jelata"









Thursday, March 17, 2011

Futsal Persahabatan JPPH Taiping vs Jabatan Penjara Taiping - 17/3/2011.

Perlawanan futsal persahabatan diantara JPPH Taiping vs Jabatan Penjara Taiping telah diadakan pada jam 10.30 malam 17/3/2011 di gelanggang futsal Purnama, Kemunting.
Walaupun jam 10.30 mlm sebenarnya telah melewati waktu tidur sesetengah pemain, namun masing2 memberikan komitmen yang begitu tinggi (kecuali Setiausaha KESUPEN yang berkata "Rumah aku jauh ar.." huhu). Anyway, pasukan JPPH Taiping telah bermain bersungguh-sungguh walaupun menentang pasukan warden penjara yang majoritinya bertubuh sasa. 
Berikut adalah senarai nama2 pemain yang telah bertarung sengit dlm perlawanan tersebut :
    1) En. Azizierul
    2) En. Shahzaz
    3) En. Ashaari
    4) En. Mohd Hazrin
    5) En. Mohd Hafiz
    6) En. Mohd Nazarudin (Simpanan : Kerana kecederaan lutut yang serius)
Yang sepatutnya bermain tapi tidak hadir :
    1) En. Abu Bakar.

Untuk aktiviti ini, KESUPEN Taiping telah memperuntukkan RM60.00 sebagai perbelanjaan untuk pembelian air minuman dan juga sewa gelanggang. Terima kasih juga kepada Encik Azizierul yang sudi sponsor air 100plus sebanyak empat botol (yang kesemuanya berjaya di habiskan terutamanya oleh pemain simpanan..hehe).

Berikut adalah gambar-gambar sekitar perlawanan tersebut :

 Saudara Hazrin sedang berfikir-fikir berapa gol bakal dijaringkan 
olehnya.

 Saudara Azizierul sedang warming-up dgn melakukan
hikmat tendangan tanpa bayang.

 Saudara Hazrin sedang melakukan tendangan
dengan kasut futsal Nike berharga RM199.

 Saudara Hazrin dan Shah sedang berbincang tentang corak permainan
yang bakal ditonjolkan.

 Saudara Hafiz a.k.a Bulat sedang mengambil
stamina.

 Saudara Shah sebelum perlawanan. Sedang berkira-kira
mengenai bacaan Yassin pada hari keesokannya kerana beliau akan
menjadi Khalifah majlis tersebut.

Saudara Ashaari a.k.a Abuya, pemain penuh stamina
wlupun rumah jauh, beliau tetap datang (awal pulak tu..tak mcm sorang tu..hehe)

 Inilah pasukan kesayangan kita.

 Bergambar dengan pihak lawan sebelum membelasah mereka.

Sedutan dari perlawanan tersebut, biarpun mereka menyerang, kita tetap kental.

Kita pula menyerang, pastinya menghasilkan gol!..

Saudara Shah menyerang pintu gol sendiri..eh!..menyelamatkan pintu gol 
kita.

Perlawanan hebat ini berkesudahan dengan keputusan seri 15 - 15.

Sekian laporan dari S/U Sukan JPPH Taiping.