Thursday, July 2, 2009

Selamat Datang kepada En. Asraf



Pada 01/07/2009, JPPH Taiping menerima kehadiran seorang Pegawai Penilaian W41 yang baru iaitu Encik Mohd Asraf bin Mat Yajid. Beliau ditempatkan di kawasan Kerian dan Selama bagi menggantikan Puan Norain yang bertukar ke INSPEN, Bangi.

Sebelum berkhidmat di JPPH Taiping sebagai Pegawai Penilaian W41, beliau memulakan kerjaya sebagai Pen. Peg. Penilaian W27 di JPPH Langkawi dan kemudian dipinjamkan ke KPKT sebagai pegawai Kader dan ditempatkan di unit COB Majlis Perbandaran Langkawi. Kira kes naik pangkat la ni.. Tahniah diucapkan..




No comments:

Post a Comment