Wednesday, October 27, 2010

Majlis Perpisahan - Puan Norhazlin bt Said

Pagi tadi iaitu pada tarikh 28 Oktober 2010, bermula jam 8.45 pagi
telah berlangsungnya satu majlis perpisahan untuk meraikan pertukaran Pn Norhazlin bt Said (Pembantu Tadbir (p/o) N17 merangkap Setiausaha Sosial Kelab Sukan dan Kebajikan JPPH Taiping.
Pertukaran beliau berkuatkuasa pada tarikh 25 Oktober 2010, dan ditempatkan di Jabatan Tenaga Kerja, Tingkat 3, Wisma Persekutuan.....huhuh still dalam Bangunan yang sama...cuma beza tingkat sahaja...
Beliau telah berkhidmat di JPPH Taiping selama 6 tahun lebih...Terima kasih diucapkan di atas segala keringat dan jasa yang telah dicurahkan di JPPH Taiping dan KESUPEN. Selamat Maju Jaya!!!!

Ucapan dari Pegawai Penilaian, Pn Norlizawati bt Sidek (mewakili Penilai Daerah)
Ucapan dari orang yang diraikan, Puan Norhazlin bt Said
Sumbangan hadiah dari KESUPEN disampaikan oleh Pn Norlizawati bt Sidek

No comments:

Post a Comment