Wednesday, April 14, 2010

Lawatan Kebajikan ke Bengkel Perlindungan Semangat Maju, Taiping

Pada 14 April 2010, seperti yang telah di rancang Kelab Sukan dan Kebajikan JPPH Taiping telah mengadakan program khidmat bersama komuniti Orang Kelainan Upaya (OKU) di Bengkel Perlindungan Semangat Maju (BPSM) Taiping, Tuan Pengerusi KESUPEN Cawangan Taiping telah mengetuai rombongan ahli-ahli KESUPEN  yang terdiri dari 20 orang kakitangan. KESUPEN telah memberikan sumbangan berbentuk makanan kering ke BPSM, kerana menurut pentadbir BPSM mereka kekurangan peruntukkan dari segi penyediaan makanan kepada pekerja-pekerja OKU ini. Diharapkan dengan bantuan yang dihulurkan dapat meringankan beban pihak BPSM. Pelatih-pelatih BPSM terdiri daripada insan-insan yang mempunyai masalah kecacatan intelek/akal seperti Sindrom Down, Cerebal Palsy, Autisme dan Terencat Akal. Hasil daripada lawatan ini, kita dapat melihat sendiri keupayaan OKU melakukan kerja. Walaupun dalam keadaan serba kekurangan, mereka masih upaya memberi komitmen terhadap kerja yang dilakukan. Diharapkan dengan lawatan yang dianjurkan ini, dapat menginsafkan diri kita agar lebih bersyukur dengan apa yang dianugerahi oleh Allah S.W.T dan tidak menyisihkan masyarakat OKU kerana mereka juga insan biasa yang tidak diminta untuk menjadi begitu. Sesungguhnya OKU ini memerlukan kasih sayang bukan saja daripada ibu-bapa, tetapi juga masyarakat...renung-renungkanla...Di bawah ini saya lampirkan gambar-gambar yang telah di rakam.

No comments:

Post a Comment