Thursday, February 10, 2011

Jamuan Tahunan dan Majlis Penyampaian Hadiah Sukan Dalaman

Semalam iaitu pada tarikh 10 Februari 2011, berlangsungnya majlis jamuan tahunan dan penyampaian hadiah bagi meraikan kemenangan ahli - ahli kesupen yang berjaya. Antara sukan-sukan dalaman yang diadakan adalah, permainan dam ular, dam aji, dart, sahiba, ping pong, congkak dan batu seremban. Alhamdulillah pada tahun ini, mendapat sambutan menggalakkan dari segi penyertaan kakitangan. Ribuan terima kasih di ucapkan kepada En Paizzal bin Mohd Yusop selaku setiausaha sukan. Di harap PMY dapat memberikan gambar sukan dalaman pula untuk dimuat naik dalam blog ini.

Diharapkan pada masa akan datang, banyak lagi jenis-jenis sukan diadakan. Selain menghilangkan tension seharian bekerja di pejabat, sukan ini juga dapat mengeratkan tali siraturrahim sesama ahli. Tahniah kepada kumpulan yang berjaya iaitu Alfa yang diketuai oleh Pn. Norlizawati bt Sidek, Naib Juara Kumpulan Delta yang dipimpin oleh Pn Siti Sarah, Tempat ketiga jatuh kepada Kumpulan Charlie yang diketuai oleh En. Mohd Asraf dan bagi tempat Saguhati jatuh kepada Kumpulan Bravo yang diketuai oleh En Azizierul...hihi diharapkan Kumpulan Bravo dapat melakukan peningkatan pada tahun akan datang..Sebab dah 2 kali asyik tangga tercorot :)

Pihak Kesupen juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua staff yang sanggup datang menggunakan kenderaan sendiri bagi menjayakan majlis ini. Walaupun terdapat beberapa staff yang tidak dapat hadir kerana urusan yang tidak dapat dielakkan, Majlis tetap berlangsung dengan meriah. Marilah sama-sama kita saksikan gambar yang sempat dirakam oleh En. Harmaini

En. Abu sebagai penunjuk arah :)

rombongan kak wan dah sampai





sedang rileks menanti acara dimulakan









dah kenyang ...



No comments:

Post a Comment