Monday, October 5, 2009

Majlis Jamuan Hari Raya - JPPH Taiping

Tanggal 5 Oktober 2009,

Persatuan Kakitangan Islam Penilaian atau (PEKIP) telah menganjurkan
Majlis Jamuan Hari Raya ini dengan jayanya. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk mengeratkan tali silaturrahim dan saling bermaaf-maafan bukan sahaja di kalangan kakitangan JPPH Taiping tetapi juga di kalangan warga wisma persekutuan Taiping...Jemputan terdiri daripada seluruh kakitangan Wisma Persekutuan Taiping, JPPH-Ipoh, JPPH Pulau Pinang dan jabatan-jabatan kerajaan lain yang sering berurusan dgn JPPH Taiping. Antara menu utama jamuan "open office" ini adalah....

  • Mee Kari
  • Kek dan Biskut
  • Buah-Buahan
  • Satey
  • Lontong
  • Ketupat/lemang bersama rendang
Majlis jamuan ini tamat sekitar jam 2.00 petang. Diakhir jamuan, Penilai Daerah telah menyampaikan hadiah berbentuk hamper kepada pemenang pakaian tercantik bagi kategori Lelaki dan Wanita. Pemenangnya adalah En. Azlan bin Abdul Ghani (kategori lelaki) dan Cik Norzawati binti Mat (kategori wanita).. tahniah diucapkan...

Terima kasih kepada semua jemputan yang sudi hadir dan terima kasih juga yang tidak terhingga juga kepada semua kakitangan yang telah melibatkan diri secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan jamuan "open office" ini..InsyaAllah tahun depan...jika tiada aral melintang....PEKIP buat lagi...

No comments:

Post a Comment