Tuesday, February 8, 2011

Selamat Pengantin Baru!!!

Setelah hampir 15 tahun menduda...akhirnya tanggal 4 Februari 2011, Encik Musa bin Haji Mohd Isa telah selamat diijabkabul dengan pasangan pilihan hatinya Pn. Rafidah (Tokey Laksa Perlis kat Pasar Malam Kamunting). Majlis Kesyukuran meraikan pasangan pengantin ini turut diadakan di rumah pengantin perempuan yang terletak di Kampung Larut, Air Kuning. Pihak Kesupen Cawangan Taiping merakamkan ucapan tahniah dan mendoakan agar pernikahan ini dirahmati Allah dan mendapat kebahagian di dunia dan akhirat. Berikut dilampirkan beberapa gambar yang dirakamkan oleh Che Raguan ..Terima kasih

Sama cantik sama padan...

antara teman-teman pejabat yang hadir memeriahkan majlis

Thursday, December 23, 2010

Tanggaton - Anjuran KESUMA dan Pejabat Kesihatan LMS

Pada 23/12/2010, telah berlangsungnya sukan tanggaton. Sukan ini di anjurkan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan Wisma Persekutuan Taiping (KESUMA) bersama Pejabat Kesihatan Daerah Larut Matang dan Selama. Terdapat beberapa orang ahli KESUPEN yang masuk pertandingan tersebut dan ada diantaranya di sapu bersih oleh JPPH Taiping

Berikut adalah senarai nama peserta yang masuk ;

1. Kua Ah Wang - Juara kategori 50 + thn
2. Rosdi bin Mohamed - Tempat ketiga kategori 50 + thn
3. Rosli bin Rani - Naib Juara kategori 50 +
4. Mohd Hazrin bin Ab Rakhdi
5. Abu Bakar  bin Abd Hadi
6. Paizzal bin Mohd Yusof
7.Azlan bin Abd Ghani
8.Yusmiakmal (Pelajar Praktikal)
9. Masira bt Musa - Juara kategori wanita 40 +thn
10. Nor Shatibah bt Saidin - Naib juara  wanita 25- 35 thn

Pihak KESUPEN merakamkan ucapan tahniah kepada peserta yang telah memenangi acara ini. Dibawah disertakan beberapa gambar yang diambil oleh Che Raguan


senam robik...memanaskan badan..sblm acara mula



eleh NSS, malu2 plak...






geng2 JPPH yang mengambil bahagian









Sunday, December 5, 2010

Al-Fatihah - Buat suami Pn. Noraisah bt Yacob

Pada 04 Disember 2010, suami kepada Pn. Noraisah bt Yacob (Pembantu Penilaian Kanan W22)
telah selamat kembali ke Rahmatullah. Marilah sama-sama kite menghadiahkan surah Al-Fatihah dan semoga Allahyarham ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Amin

Alfatihah

Sunday, November 28, 2010

Majlis Perkahwinan En Mohd Hafiz bin Md Noor (Pembantu Penilaian W17)

Pada hari Ahad iaitu 28 November 2010, En Mohd Hafiz telah melangsungkan perkahwinan bagi pihak keluarga lelaki. Majlis yang diadakan di 1394, MK 5, Jln Pengkulu Hamid Sungai Duri ini telah dihadiri oleh kakitangan JPPH Taiping. Pihak KESUPEN juga menyediakan cenderahati kepada pasangan pengantin ini. Tahniah diucapkan, semoga perkahwinan berkekalan dan dirahmati Allah hendak-Nya. Dilampirkan sedikit gambar yang disumbangkan oleh ahli KESUPEN. SeLaMaT PeNgaNTiN BaRu..!!


Geng-geng teruna dan dara JPPH Taiping...ihihih amik berkat kot...


Lagu Kahwin - Kompang Dipalu

Friday, November 26, 2010

Gambar Penyampaian Cenderahati Sempena Kelahiran Cahayamata Yang Pertama Di JPPH Taiping


Sempat posing dgn En Azlan.


Pada  jam 4.15 petang tadi, Penilai Daerah sudi menyampaikan cenderahati kepada En. Ahmad Fazli bin Hamid. Majlis penyerahan berlansung di bilik Penilai Daerah. Pihak KESUPEN merakamkan ucapan terima kasih kepada Penilai Daerah dan semua ahli kelab KESUPEN yang sudi memberi sumbangan ikhlas bagi meraikan kelahiran cahayamata pertama En Ahmad Fazli bin Hamid di JPPH Taiping. Tahniah kepada En. Ahmad Fazli..dengan kehadiran cahaya mata ke 4 ini.