Friday, October 1, 2010

Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri

Selesai sahaja Majlis Perpisahan En. Abd Manaf. Tepat jam 10.00 pagi...bermulalah Open Office JPPH Taiping..Majlis ini dianjurkan oleh PEKIP. Terdapat berbagai-bagai hidangan telah disediakan. Antaranya..Nasi Tomato + Ayam Masak Merah + Jelatah, LAKSA Irene...memang malatop...sedap sangat...Satay (tak pasti order mana)..kuah kacang die pun sedap....Ketupat dan rendang..nih pun sedap..cukup rase dienye rendang...biskut-biskut, kek-kek..antara kek yang mendapat sambutan hangat...tentu la kek En Asraf...sila tekan http://asraffazila.blogspot.com/ kalau nak order...tak rugi beli...Kek Cokelat..tak pasti sumbangan siapa..tp semuanya sedap2 laa...opps lupa plak nak cite pasal air...AJK makanan juga ade sediakan Fruit  Cocktail + susu Cair.betul ke eja nih..sorry kalau silap..sedap sangat.,.disamping air-air panas dan air sunquick....haa lupa plak menu saat-saat akhir..iaitu RoJak....nyyumm nyumm sedap...n fresh buah-buahnyeee

Tahun ni majlis jamuan raya...tersangatla meriahnye...mane taknya....perhiasan pun lain dari yang lain...siap tempah banner...ade pelita lagi...terasa la kehangatan berhari raya...tetamu yang diundang pun Alhamdulillah..tak putus-putus datang....kepada semua AJK Jamuan Hari Raya tahun 2010...Syabas dan Tahniah diucapkan..diatas usaha rajin anda ni....kalau nak sebut nama..ramai...kang kalau tak sebut ade plak yang terkecil hati...hihihi....ramai org termasuk tetamu dr luar memuji..jamuan kita kali ini..Alhamdulillah...harap tahun-tahun akan datang pun mcm ni la...

Dan yang lebih istimewa..tahun ini diadakan sebanyak 17 Cabutan bertuah kepada kakitangan yang bertuah pada hari itu.......termasuk 2 sumbangan peribadi dari Penilai Daerah iaitu En. Nik Hilmi bin Nik Mansor...Terima kasih juga diucapkan kepada Pn Norhazlin yang sudi menjadi pengacara majlis disamping pelajar praktikal iaitu En. Rahim...mc gaya spontan......tahun depan leh lantik lagi...Jommm Layanz..Gambar












































Tuesday, July 13, 2010

Majlis Persaraan En. Shamsul Harumain bin Yeop Abdul Aziz

Pada 13 Julai 2010, pihak KESUPEN bersama-sama dengan pihak jabatan telah menganjurkan Majlis Persaraan untuk Encik Shamsul Harumain bin Yeop Abdul Aziz. Majlis ini turut dihadiri oleh Pengarah Penilaian Negeri Perak iaito Dato' Phuah Tick Lai...terima kasih diucapkan kepada En. Shamsul Harumain di atas segala jasa baik beliau sepanjang berkhidmat di JPPH Taiping. Semoga hari-hari mendatang akan sentiasa dilimpahi rahmat dan keberkatan dariNya. Jika ada masa terluang...singgah-singgahla ke JPPH Taiping...

Disini saya imbas kembali latar belakang orang yang diraikan, iaitu Encik Shamsul Harumain bin Hj. Yeop Abd. Aziz.

Dilahirkan pada 15 Julai 1955 di Kampung Padang Tenggala, Bota Kanan, Perak Tengah. Anak kelima kepada pasangan Allahyarham Hj. Yeop Abd. Aziz bin Abd. Rahman dan Allahyarhammah Hajah The Umi Kaltum binti Alang Muhammad ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Bota Kanan dan seterusnya ke Iskandar Shah Secondary School, Parit. Memulakan kerjaya dalam perkhidmatan awam dengan dilantik sebagai Juruteknik Penilaian pada 6 Februari 1974 di JPPH Ipoh dan telah disahkan perkhidmatan pada 1 Mac 1977.Beliau bertukar ke JPPH Taiping pada tahun 2001 sebagai Penolong Pegawai Penilaian W27 sehingga la ke tarikh terakhir beliau berkhidmat dalam perkhidmatan awam iaitu 14 Julai 2010


.

Ucapan dari orang yang diraikan...Pak Yob

Sunday, June 20, 2010

Majlis Perkahwinan - Pn. Fatimahsham bt Salleh

Alhamdulillah pada 18 Jun 2010, Pn Fatimahsham selaku Setiausaha Kelab Sukan dan Kebajikan JPPH Taiping selamat bergelar isteri kepada Encik Norazlan bin Tumiran. Majlis persandingan telah berlangsung pada hari Sabtu 19 Jun 2010...Pihak KESUPEN merakamkan ucapan tahniah semoga berbahagia selalu dan dikurnia zuriat yang soleh serta solehan hendakNya..Aminn....disertakan beberapa gambar yang sempat dirakam oleh kakitangan JPPH Taiping....