Tuesday, July 13, 2010

Majlis Persaraan En. Shamsul Harumain bin Yeop Abdul Aziz

Pada 13 Julai 2010, pihak KESUPEN bersama-sama dengan pihak jabatan telah menganjurkan Majlis Persaraan untuk Encik Shamsul Harumain bin Yeop Abdul Aziz. Majlis ini turut dihadiri oleh Pengarah Penilaian Negeri Perak iaito Dato' Phuah Tick Lai...terima kasih diucapkan kepada En. Shamsul Harumain di atas segala jasa baik beliau sepanjang berkhidmat di JPPH Taiping. Semoga hari-hari mendatang akan sentiasa dilimpahi rahmat dan keberkatan dariNya. Jika ada masa terluang...singgah-singgahla ke JPPH Taiping...

Disini saya imbas kembali latar belakang orang yang diraikan, iaitu Encik Shamsul Harumain bin Hj. Yeop Abd. Aziz.

Dilahirkan pada 15 Julai 1955 di Kampung Padang Tenggala, Bota Kanan, Perak Tengah. Anak kelima kepada pasangan Allahyarham Hj. Yeop Abd. Aziz bin Abd. Rahman dan Allahyarhammah Hajah The Umi Kaltum binti Alang Muhammad ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Bota Kanan dan seterusnya ke Iskandar Shah Secondary School, Parit. Memulakan kerjaya dalam perkhidmatan awam dengan dilantik sebagai Juruteknik Penilaian pada 6 Februari 1974 di JPPH Ipoh dan telah disahkan perkhidmatan pada 1 Mac 1977.Beliau bertukar ke JPPH Taiping pada tahun 2001 sebagai Penolong Pegawai Penilaian W27 sehingga la ke tarikh terakhir beliau berkhidmat dalam perkhidmatan awam iaitu 14 Julai 2010


.

Ucapan dari orang yang diraikan...Pak Yob