Wednesday, April 28, 2010

Majlis Penyerahan Wang Sumbangan Ikhlas kepada Puan Faimah bt Zainudin

Sumbangan ini diberikan kepada Pn. Faimah bt Zainudin (Pembantu Penilaian W22) kerana  telah menjalani pembedahan akibat penyakit Endrometriosis. Sumbangan ini adalah sumbangan daripada seluruh Kelab Sukan Dan Kebajikan JPPH seluruh Malaysia. Diharapkan dengan sumbangan ini dapat meringankan beban perbelanjaan yang ditanggung Puan Faimah. Semoga cepat sembuh dan sihat sentiasa..Amin..

Majlis Perpisahan

Pada 23 April 2010, satu majlis perpisahan diadakan kepada 4 orang ahli KCT yang akan bertukar jabatan. Pertukaran ini melibatkan 4 org kakitangan dan berkuatkuasa pada 3 Mei 2010. Berikut disenaraikan kakitangan yang akan bertukar

1) Nin Sari binti Ismail
   Penolong Pegawai Penilaian W27                      
   Bertukar ke JPPH KUCHING

2) Hamidaton bt Rusli
    Pembantu Tadbir Kewangan W17
    Bertukar ke IPD Manjung

3) Nor Ubaidah bt Harun
    Pembantu Penilaian W17
    Bertukar ke JPPH GOMBAK

4) Noor Atiqah bt Ahmad
    Pembantu Penilaian W17
    Bertukar ke JPPH Kuantan

 Pihak KCT juga merakamkan ucapan selamat maju jaya kepada mereka yang diraikan, selamat bertugas di tempat baru, dan bersama rakan-rakan yang baru.Jangan lupakan kami di sini...yeeHaaa!!!Kalau Datang Taiping...singgah2 la di JPPH....

Wednesday, April 14, 2010

Lawatan Kebajikan ke Bengkel Perlindungan Semangat Maju, Taiping

Pada 14 April 2010, seperti yang telah di rancang Kelab Sukan dan Kebajikan JPPH Taiping telah mengadakan program khidmat bersama komuniti Orang Kelainan Upaya (OKU) di Bengkel Perlindungan Semangat Maju (BPSM) Taiping, Tuan Pengerusi KESUPEN Cawangan Taiping telah mengetuai rombongan ahli-ahli KESUPEN  yang terdiri dari 20 orang kakitangan. KESUPEN telah memberikan sumbangan berbentuk makanan kering ke BPSM, kerana menurut pentadbir BPSM mereka kekurangan peruntukkan dari segi penyediaan makanan kepada pekerja-pekerja OKU ini. Diharapkan dengan bantuan yang dihulurkan dapat meringankan beban pihak BPSM. Pelatih-pelatih BPSM terdiri daripada insan-insan yang mempunyai masalah kecacatan intelek/akal seperti Sindrom Down, Cerebal Palsy, Autisme dan Terencat Akal. Hasil daripada lawatan ini, kita dapat melihat sendiri keupayaan OKU melakukan kerja. Walaupun dalam keadaan serba kekurangan, mereka masih upaya memberi komitmen terhadap kerja yang dilakukan. Diharapkan dengan lawatan yang dianjurkan ini, dapat menginsafkan diri kita agar lebih bersyukur dengan apa yang dianugerahi oleh Allah S.W.T dan tidak menyisihkan masyarakat OKU kerana mereka juga insan biasa yang tidak diminta untuk menjadi begitu. Sesungguhnya OKU ini memerlukan kasih sayang bukan saja daripada ibu-bapa, tetapi juga masyarakat...renung-renungkanla...Di bawah ini saya lampirkan gambar-gambar yang telah di rakam.

PENGERUSI BARU KESUPEN

Tanggal 1 Mac 2010, Penilai Daerah JPPH Taiping telah bertukar ke JPPH GOMBAK. Oleh yang demikian Pengerusi KESUPEN Cawangan Taiping yang baru iaiti Encik Nik Hilmi bin Nik Mansor, Penilai Daerah W48 dari JPPH Kota Kinabalu secara automatik dilantik sebagai pengganti beliau. Terima kasih tidak terhingga di ucapkan kepada Tuan Haji A'zmi bin Abdul Latif di atas segala kerjasama/tanggungjawab yang diberikan selama menjawat jawatan Pengerusi...Selamat Datang dan Selamat Menjalankan Tugas kepada Encik Nik Hilmi bin Nik Mansor
Pengerusi dulu.....terima kasih atas segalanya

 
Pengerusi KESUPEN Cawangan Taiping yang baru